Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Jaring gol akrobatik lawan JDT, pemain Melaka kekal rendah diri

Melaka

Sepakan gunting pemain import Melaka, Ahmed Shamsaldin, ternyata menggembirakan para penyokong tuan rumah yang akhirnya menyaksikan gawang pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), itu ditembusi malam tadi.

Gol ketiga pemain kelahiran Mesir itu dalam kempen Piala Malaysia musim ini hadir selepas dua jaringan menentang Sabah di pusingan 16 terbaik.

Advertisement

Ahmed turut menjaringkan satu gol dalam saingan liga, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan empat gol dalam empat perlawanan setakat ini.

"Saya cuma mahu menyesuaikan diri di posisi sepatutnya.

"Sebagai seorang penyerang, saya harus berada di tempat yang betul.

"Tidak dengan JDT atau pasukan mana lain, saya tetap akan membuat perkara sama.

"Tetapi, saya tetap gembira menjaringkan gol menarik menentang pasukan besar," katanya.

Kini, perhatian beralih ke aksi seterusnya menentang Selangor pada Sabtu ini, di mana Ahmed di jangka meneruskan prestasi cemerlang dan menambah lagi jaringan peribadi dalam misi membantu skuad Hang Tuah menekan momentum kemenangan.
 

Must Watch Video