Ketua jurulatih Melaka E. Elavarasan, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya membabitkan aspek disiplin dan teknikal di atas padang meskipun tersingkir daripada kempen Piala Malaysia di tangan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.
"Perkataan puas hati itu lain sedikit. Boleh ke pemain mengekalkan konsistensi ini.
Advertisement
"Kenapa hari ini kami bagus, perlawanan lain tidak.
"Setiap permainan harus menunjukkan mutu yang terbaik," katanya.
Kemasukan Ahmed Ahamsaldin yang berhasil menjaringkan gol diakui bekas pembantu jurulatih Harimau Malaya itu merupakan sebahagian daripada perancangan awal pasukan, namun juga sebagai reaksi bijak terhadap situasi perlawanan.
Ela menekankan Melaka akan terus belajar daripada kekalahan itu dan memfokuskan tenaga untuk perlawanan seterusnya menentang Selangor dalam aksi Liga Super Sabtu ini.
Dengan sasaran tambahan 14 mata dalam liga, skuad Hang Tuah akan terus mendekati matlamat yang disasarkan oleh pihak pengurusan, sekali gus mencuba menepati indeks prestasi utama (KPI) pasukan musim ini.
"Sangat penting.
"Itu akan 'memaksa' para pemain untuk merealisasikan sasaran yang ditetapkan.
"Semua sedang cuba buat yang terbaik," katanya lagi.