DPMM membawa bekalan dua gol apabila menundukkan Kelantan Red Warrior 2-0 di Kota Bharu dalam saingan Piala Malaysia, sebentar tadi.
Bintang Indonesia, Ramadhan Sananta, membuka tirai jaringan menewaskan Shafiq Afifi Suhaimi untuk mendahului aksi 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Advertisement
Tuan rumah bermain cukup cemerlang apabila banyak melakukan percubaan dan gerakan menarik untuk mencipta peluang, namun sentuhan terakhir gagal dimanfaatkan.
Di sebalik KRW cuba mendominasi permainan, wakil Brunei itu tidak mengaku kalah untuk menggandakan kelebihan dengan beberapa percubaan penting.
Penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad, kembali mencatatkan nama selaku penjaring dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) tatkala tandukan ikoniknya berjaya menerjah jaring KRW pada minit akhir sebelum wisel penamat dibunyikan.
Namun, perkara paling membanggakan apabila Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dipenuhi dengan kemeriahan peminat bola sepak Kelantan selepas sekian lama tidak didatangi peminat.
Sementara itu, satu lagi pertembungan menarik menyaksikan Sabah mengikat Melaka 2-2 di Hang Jebat dengan perlawanan timbal balik kedua di Likas bakal menjadi tumpuan pasukan manakah akan menempah tiket ke suku akhir.
KEPUTUSAN MASA PENUH | PM R16-1#PialaMalaysia2025-26 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/mACwc5fs5H
— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 17, 2026