Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Dilema pertukaran pemain Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia, Liga-M

Jurulatih sementara Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, sudah menjangka lebih awal bahawa isu yang sama terus menghantui skuad Peteh walaupun hakikatnya mereka sudah mendahului perlawanan.

Barisannya tersingkir dalam suku akhir Piala Malaysia dengan agregat 2-3 apabila melepaskan dua gol dalam 15 minit terakhir permainan di Cheras semalam.

Advertisement

Justeru, Tengku Hazman terpaksa akur dengan kegagalan anak buahnya mempertahankan kelebihan menerusi aksi yang cukup dramatik tuan rumah selepas lima pertukaran di bahagian serangan dan tengah dibuat sejak minit ke-70 permainan.

"Situasi itu berlaku apabila kami membuat pertukaran.

"Pemain baru mungkin tidak mendapat rentak lagi, dari situ kami kesilapan dan ia menyebabkan barisan pertahanan kami agak kelam kabut," katanya dalam sidang media pasca perlawanan.  
 

Must Watch Video