Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Bergson da Silva elak berjanji bulan bintang

j

Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, mahu anak buahnya mengelak melakukan kesilapan kecil dalam pemburuan gelaran Piala Malaysia menentang Kuching City di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Munoz mengakui setiap kesilapan mampu mengundang padah kepada pasukan, seperti yang berlaku dalam aksi separuh akhir Piala Shopee Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United, baru-baru ini.

Kesilapan Ager Aketxe dihukum Buriram menerusi jaringan masa tambahan yang menyebabkan Harimau Selatan tewas dengan agregat 3-4 dan langkah mereka tersekat.

kami ada masa untuk analisa permainan dan tingkatkan prestasi daripada situ selain menawarkan yang lebih baik buat pemain.

"Mengenai langkah tahun depan, saya pasti akan tampil lebih mantap.

"Kami telah mengharungi 54 perlawanan jadi kami perlu mengaturnya dengan baik demi kebaikan pemain.

"Mereka telah melakar sejarah sebagai juara, ini yang paling penting.

Sandaran juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu pastinya diletakkan di bahu penyerang berbisa, Bergson da Silva.

Meledak 200 gol dalam semua pertandingan bersama JDT, calon pemain naturalisasi negara itu enggan meletakkan dirinya dalam tekanan untuk terus menjaringkan gol menjelang tugasan terakhir musim ini.

"Saya tidak mahu berjanji tapi setiap musim saya mahu meningkatkan prestasi.

"Kelab ini membuatkan bangga kerana banyak membantu sejak saya menyertai kelab ini enam tahun lalu," katanya. 

Must Watch Video