Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Anuar Ceesay optimis The Jang bangkit di Batu Kawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ceesay

Kurang daripada tempoh 24 jam sebelum sepak mula perlawanan pertama Piala Malaysia 2025/26 antara Imigresen dan Negeri Sembilan.

Pemain sayap baru The Jang, Anuar Ceesay, beranggapan tewas ke atas Selangor dalam Liga Super 2025/26 tempoh hari memberikan pengajaran terbaik buat dirinya untuk kembali bangkit bersaing di pentas Piala Malaysia.

Advertisement

Anuar juga ingin berjuang mencari lebih minit permainan agar dapat menonjolkan kemampuannya di atas padang.

"Saya berasakan detik saya mendapat minit permainan saya akan membantu menjadi lebih yakin, keserasian antara pemain semakin tinggi. InsyaAllah kami akan meraih kemenangan.

 

 

 

"Saya berharap dapat meraih kemenangan." katanya.

Sementara itu, Anuar juga mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri di Paroi dengan pengalaman berbeza berbanding Ketika beraksi bersama UM Damansara di Liga A1 Semi-Pro.

"Sesi latihan sangat baik, intensiti semakin tinggi, bagi saya ia pengalaman yang baik dapat berlatih di tahap yang lebih tinggi.  Kualiti dan tahap lebih tinggi berbanding Liga A1." tambahnya.

Must Watch Video