IMIGRESEN 2 KTRW 1
Imigresen gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri apabila tewas kepada Kelantan The Real Warriors (KRW) 1-2, petang tadi.
Advertisement
Pemain import baru skuad Kijang Emas, Enzo Celestine, tidak tunggu lama untuk menunjuk belangnya dalam penampilan sulungnya ketika tumpas 1-2 dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Malaysia itu.
Kelantan TRW kemudian menokok kelebihan awal tersebut menuju ke masa rehat menerusi ketangkasan Asraf Alifudin.
Namun, Imigresen turut merapatkan jurang sebelum tamat babak pertama melalui penyerang tinggi lampai dari Senegal, Babakar Gaye, yang mencari ruang untuk meledak gol keduanya bersama Imigresen musim ini.
Gaye sekali lagi cuba menembusi gawang lawan dalam babak kedua, namun gagal mengatasi penjaga gol lawan.
Sebaliknya, pelawat yang dihadiahkan sepakan penalti, namun Celestine terlepas peluang untuk melebarkan kedudukan.
"Kami memang merancang untuk mendapatkan bekalan selesa. Barisan serangan dan tengah bermain dengan baik, mencipta peluang dan mendapat dua gol awal.
"Sedikit kelekaan pada minit terakhir separuh masa pertama memberikan Imigresen mendapatkan satu gol," kata pengendali Kelantan TRW, Akmal Rizal Rakhli.
Dalam masa sama, Akmal Rizal menaruh kepercayaan Celestine mampu lebih berbisa dalam aksi seterusnya sambil mendedahkan kehadiran satu lagi aset baru di jentera serangan.
"Saya berpuas hati. Dia baru tiga hari menjalani latihan (bersama kami) dan sesiapa pun boleh melakukan kesilapan dalam sepakan penalti.
"Saya mengharapkan seorang lagi penyerang dan kami perlu sedia hadapi Imigresen (dalam aksi timbal balik).
"Kami tidak di kedudukan selesa, hanya mendahului dengan satu gol.
"Kami perlu lebih bersiap sedia untuk bermain di tempat sendiri," katanya.