Arsenal menghampiri penampilan pertama ke final Piala Liga sejak tahun 2018 selepas menewaskan seteru London, Chelsea 3-2 pada separuh akhir pertama di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Mikel Arteta mempamerkan dominasi dalam perlawanan, dengan jaringan Ben White, Viktor Gyokeres serta Martin Zubimendi sepatutnya hampir menutup peluang Chelsea dalam aksi yang berlangsung awal pagi tadi.
Advertisement
Bagaimanapun, Chelsea mempamerkan semangat juang tinggi pada aksi di laman sendiri pertama di bawah kendalian Liam Rosenior, dengan dua gol pemain gantian Alejandro Garnacho memastikan peluang mereka masih terbuka.
17 percubaan ke jaring berbanding 10 dilakukan Chelsea, Arsenal berasakan mereka sepatutnya membawa pulang kelebihan lebih besar, sekali gus menjadikan aksi timbal balik di utara London pada 3 Februari ini.