Skip to main content

Badminton

Piala Lee Chong Wei bukan sekadar kejohanan, platform cetus bakat baharu

Piala Lee Chong Wei bukan sekadar kejohanan, platform cetus bakat baharu

Datuk Seri Lee Chong Wei mahu Piala Lee Chong Wei menjadi lebih daripada sekadar kejohanan badminton apabila ia dilihat sebagai platform penting untuk mengenal pasti bakat muda yang berpotensi diserap ke dalam skuad negara.

Chong Wei berkata, penganjuran kejohanan berkenaan memenuhi impiannya sejak bersara untuk menyediakan pentas berkualiti kepada pemain muda Malaysia.

“Selepas bersara, saya memang terfikir untuk menganjurkan Piala Lee Chong Wei dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

“Penajaan, pegawai teknikal dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SportsIntel di bawah seliaan Datuk Stuart Ramalingam yang membantu menjayakan Piala Lee Chong Wei,” katanya.

Dia turut menghargai sokongan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), khususnya dalam aspek teknikal, selain pihak penaja yang memastikan kejohanan berkenaan dapat direalisasikan.

“Kita ini main badminton pandailah, tetapi mahu anjur kejohanan itu susah sedikitlah.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja kerana tanpa mereka tidak akan berjaya,” katanya.

Dalam masa sama, Chong Wei berterima kasih kepada Astro kerana menjadikan Piala Lee Chong Wei sebagai kejohanan yang memberikan peluang kepada pemain muda untuk merasai pengalaman beraksi di pentas yang mendapat liputan televisyen.

Katanya, pengalaman itu cukup bermakna kerana ketika dirinya masih bergelar pemain remaja, Chong Weisendiri pernah tertanya-tanya sama ada perlawanan yang disertainya akan disiarkan secara langsung.

“Ini menjadi impian setiap pemain muda kerana dapat ibu bapa menonton di kaca TV kerana mereka tidak selalu mengikut kami ke pertandingan.

“Dengan penganjuran Piala Lee Chong Wei, siaran langsung dapat disaksikan bermula pada peringkat suku akhir.

“Ia sekali gus meningkatkan semangat pemain-pemain muda ini meraih pengalaman serta berusaha memastikan mereka melangkah ke suku akhir,” katanya.

Lebih penting, kejohanan itu memberikan pendedahan kepada pemain muda untuk merasai suasana pertandingan bertaraf antarabangsa.

Chong Wei berkata, maklum balas yang diterima setakat ini amat positif apabila pemain muda berpeluang menyesuaikan diri dengan pengurusan serta standard kejohanan berkualiti tinggi.

“Jika mereka pemain-pemain muda ini berpeluang bermain di peringkat yang lebih tinggi, mereka sudah menyesuaikan diri dengan penganjuran berkualiti seperti ini,” katanya.

Piala Lee Chong Wei turut menggunakan format 15 mata, tiga set yang menurutnya memberikan kelebihan kepada pemain muda kerana sistem itu akan digunakan sepenuhnya bermula tahun hadapan.

Justeru, Chong Wei berharap kejohanan berkenaan dapat terus menjadi medan mencungkil bakat sebelum mereka diberi peluang melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap Piala Lee Chong Wei digunakan sebagai platform untuk melihat bakat-bakat pemain muda untuk diserap ke dalam skuad negara,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement