Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Terima kasih Malaysia! -- Wan Kuzain

WK

Pemain berdarah warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal, sah tidak lagi bersama skuad kebangsaan menjelang pertemuan menentang Vietnam dalam separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026 pada hujung minggu ini.

Perkara itu juga disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di X sebentar tadi.

"Wan Kuzain pulang ke Amerika Syarikat dan tidak akan meneruskan perjuangan bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala Hyundai ASEAN.

"Decision confirmed," katanya.

Malah, tonggak berusia 27 tahun itu turut memaklumkan perkembangan tersebut menerusi Instagramnya sehari yang lalu seolah-olah seperti memberi bayangan bahawa dia meninggalkan Harimau Malaya.

"Terima kasih Malaysia," katanya.

Dia berjaya menjaringkan satu gol dengan satu sepakan percuman menarik tatkala turun menewaskan Laos di Cheras baru-baru ini.

Terdahulu, tinjauan kem latihan pasukan negara oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, menyaksikan skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, kembali berlatih dengan hanya 16 pemain.

Malaysia sebelum ini sah kehilangan tiga tonggak, Endrick Dos Santos, Jimmy Raymond dan Engku Nur Shakir Engku Yacob dengan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau turut difahamkan terkeluar susulan kecederaan bertemu lawan terdahulu.

Nantikan laporan lanjut di Stadium Astro.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video