Bayangan pasukan negara menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN menentang Vietnam esok menjadi persoalan berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan diikuti Wan Kuzain Wan Kamal yang pulang ke Amerika Syarikat (AS).
Ditanya dalam sidang media praperlawanan, pemangku jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, berkata Harimau Malaya tetap turun dengan kekuatan tersendiri bagi mencari bekalan menjelang aksi timbal balik minggu depan.
"Bukan mudah menjadi seorang jurulatih apabila menghadapi krisis kecederaan pemain.
"Ia merisaukan tetapi saya optimis dengan perkembangan Mohamadou Sumareh dan nampak dia bersedia untuk aksi esok.
"Dalam masa sama, beberapa pemain termasuk Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Engku Nur Syakir Engku Yacob, dan Endrick Dos Santos tidak akan beraksi.
"Kami juga kehilangan Wan Kuzain yang mempunyai komitmen bersama kelab.
"Saya harus mencari solusi terbaik untuk kesebelasan utama.
"Ibrahim Manusi, Daryl Sham dan Ziad El Basheer berpotensi mengisi kekosongan tersebut.
"Jika diberi peluang, mereka akan membuat yang terbaik. Kita perlu teruskan sokongan dan masuk ke padang dengan penuh keyakinan," katanya.