Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Sumareh, Syafiq mampu jadi pemangkin Harimau Malaya -- Indra Putra

indra

Bekas penyerang negara, Indra Putra Mahayuddin, percaya kehadiran Mohamadou Sumareh dan Syafiq Ahmad mampu menjadi pemangkin buat skuad Harimau Malaya menjelang kempen Piala Hyundai ASEAN hujung minggu ini.

Meskipun kedua-dua pemain itu sudah lama tidak menyarung jersi kebangsaan, Indra Putra percaya pengalaman yang dimiliki mereka mampu membantu dalam membimbing barisan pemain muda yang dipanggil Tan Cheng Hoe.

Bagaimanapun, Indra Putra tidak menafikan Cheng Hoe akan berdepan tugas berat untuk membentuk pasukan yang mantap berikutan tempoh persediaan yang sangat singkat menjelang kejohanan itu.

Indra Putra, yang pernah membantu Malaysia muncul naib juara Piala AFF 2014, berpandangan gabungan pemain berpengalaman dan muka baharu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membentuk keseimbangan dalam pasukan.

"Walaupun mereka sudah lama tidak beraksi untuk skuad kebangsaan, kita mahukan pengalaman mereka agar dapat membimbing pemain muda yang akan beraksi kali ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kita mahu melihat kombinasi pemain tengah dan penyerang, itulah yang paling penting.

"Saya rasa daripada segi persefahaman agak sukar kerana persiapannya hanya 10 hari dan sebab itulah kita memerlukan barisan pemain berpengalaman dan pemain muda ini untuk bekerjasama dalam kejohanan ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video