Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Sergio Aguero sahut cabaran galas peranan baru demi Harimau Malaya

dd

Tonggak naturalisasi negara, Sergio Aguero, beranggapan tugasan sebagai ‘bidan terjun’ di bahagian tengah Harimau Malaya sebagai satu tuntutan demi negara menjelang aksi tumpuan menentang Thailand dalam kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Aguero dalam temubual bersama Zulhelmi Zainal Azam mengakui semakin selesa menggalas peranan baharu sebagai pemain nombor enam yang sinonim di posisi pemain tengah bertahan.

Di saat harimau malaya kehilangan beberapa tonggak utama, aguero diberi kepercayaan jadi nadi jentera tengah untuk kempen kali ini.

namun, pemain kelahiran argentina itu memikul peranan berbeza dengan tugasannya sebelum ini yang lebih cenderung beraksi sebagai pemain tengah menyerang atau penyerang.

ia menyaksikan aguero bertindak sebagai pemain tengah bertahan -- perisai di hadapan barisan pertahanan serta penggerak utama aliran permainan pasukan.

 

 

 

"Saya suka posisi itu kerana saya suka memegang bola, di Thailand saya beraksi sebelum ini di posisi sama juga sebagai pemain nombor enam, jadi itu posisi saya sekarang," kongsinya.

Malah, Aguero menegaskan pengalamannya beraksi dalam liga Thailand tidak boleh dianggap kelebihan menjelang pertemuan menentang skuad Gajah Perang itu esok.

Sebaliknya, bekas pemain Kanchanaburi Power dan Ratchaburi ini berpendapat kedua-dua pasukan sudah cukup mengenali kekuatan dan corak permainan masing-masing, menjadikan pertembungan itu bakal  

"Ia akan menjadi aksi yang sukar, mereka ada pemain yang bagus. Tetapi kami juga ada senjata seperti Pavithran dan Paulo Josue, kami ada skuad yang bagus.

"Kami melayani semua pasukan sama sahaja, sama ada Myanmar, Laos atau Thailand." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video