Penggempur berbisa Vietnam, Rafaelson, yang turun dikenali sebagai Nguyen Xuan Son, berkongsikan tidak begitu menggemari kualiti rumput di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras susulan menggunakan rumput jenis Cowgrass.
Begitupun, dia enggan menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk melakar kemenangan mengatasi Malaysia dalam saingan separuh akhir pertama, Piala Hyundai ASEAN 2026 malam ini.
"Sejujurnya, saya tidak suka rumput ini. Bagi saya ia jenis rumput lama. Tetapi, saya sudah banyak kali beraksi di Vietnam di stadium yang mempunyai keadaan padang seperti ini.
"Bagi saya, tiada masalah untuk beraksi dalam situasi sebegini. Apa pun, kami berharap dapat memberikan aksi yang baik pada perlawanan esok." katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.