Kumpulan penyokong tegar bola sepak negara, Ultras Malaya, dalam satu hantaran sebentar tadi meneruskan agenda pada 1 Mei lalu iaitu Boikot Fasa 1 melibatkan perlawanan Harimau Malaya berkuat kuasa serta merta sehingga 31 Ogos.
Dalam satu perkembangan terbaru, Ultras Malaya tetap tidak akan hadir aksi skuad kebangsaan yang akan bermain dalam Piala Hyundai ASEAN di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.