Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN-Piala ASEAN FIFA: Ini kata pakar tentang Harimau Malaya

Zack

Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memecahkan skuad bagi menghadapi Piala Hyundai ASEAN dan Piala ASEAN FIFA disifatkan sebagai langkah tepat untuk memberi peluang kepada pemain muda serta pemain yang jarang beraksi membuktikan kemampuan mereka.

Bekas pengurus pasukan Gergasi Merah, Zakaria Rahim, berpendapat pemain seperti Fergus Tierney, Haqimi Azim Rosli, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Darren Lok, Azri Ghani dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, wajar diberi ruang untuk menonjolkan keupayaan masing-masing.

"Jika pemain yang beraksi dalam Piala Hyundai ASEAN didapati cemerlang, saya mengesyorkan untuk mereka turut terlibat berlatih bersama skuad Piala ASEAN FIFA.

"Matlamat utama adalah untuk menggantikan ramai pemain senior yang sudah berusia.

"Bagi Piala ASEAN FIFA pula, kita harus menghantar pasukan Malaysia terkuat.

"Pengasingan dua pasukan untuk dua kejohanan ini ialah tindakan bagus dan sangat dialu-alukan.

"Ia memberi peluang buat pemain lain," katanya di Nadi Arena.

Dalam masa sama, Zakaria Rahim mahu jurulatih skuad senior, Peter Cklamovski, turut memantau rapat prestasi pasukan kendalian Nafuzi Zain bagi memastikan pemain yang menyerlah boleh diserap ke skuad utama.

Laporan tular mengatakan bahawa Piala Hyundai ASEAN mempertaruh pasukan bawah 23 tahun (B-23) yang diketuai Nafuzi Zain memandang kejohanan itu berlangsung di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) , sementara Piala ASEAN FIFA pula menyaksikan Peter Cklamovski akan mempersiap Harimau Malaya.

"Anda harus ingat, Indonesia antara pasukan pilihan untuk mara ke Piala Dunia tahun lalu tetapi terlepas.

"Thailand sememangnya hebat sementara kita baru sahaja tewas kepada Vietnam Mac lalu, dan Singapura juga mara ke Piala Asia 2027.

"Jadi, kita pula bagaimana?

"Sepatutnya Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan.

"Saya yakin, peminat masih berdiri teguh dengan Harimau Malaya walaupun terpalit dengan beberapa isu," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video