Jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menjadikan sejarah kemenangan 4-2 ke atas Vietnam pada 2014 sebagai pembakar semangat untuk mengharungi aksi timbal balik separuh akhir kedua Piala Hyundai ASEAN di Hanoi esok.
Cheng Hoe menegaskan masih ada baki 90 minit untuk mereka mengubah keputusan dan mencabar skuad Naga Emas dalam aksi timbal balik meskipun skuad kebangsaan ketika ini ketinggalan agregat 0-2.
"Ya kemenangan 4-2 pada 2014 di bawah kendalian Datuk Dollah Salleh sebelum ini memberikan kami kepercayaan, selepas 12 tahun semestinya kami mahu ambil situasi itu sebagai motivasi buat pemain.
“Walaupun kami tahu, esok stadium bakal dipenuhi penyokong yang akan memberikan sokongan kepada pasukan Vietnam, kami akan memberi aksi yang terbaik, membuat persiapan dan menganalisa permainan kami.”
“Pada masa yang sama, saya rasa kami tidak terlalu tertekan dengan situasi ini." katanya.
Sementara itu, pertahanan negara, Aysar Hadi, mahu membuktikan dirinya layak berada dalam skuad senior menerusi peluang kedua bertemu Vietnam dalam kejohanan berkenaan.
Aysar yang melakukan debut ketika pertemuan pertama Ahad lalu bergelut untuk mempamerkan
aksi ampuh seperti Rodney Celvin yang terpaksa disisihkan daripada kejohanan akibat kecederaan.
"Mereka ada kelebihan 2-0, tetapi dalam bola sepak apa-pun boleh terjadi, kami optimis dan yakin untuk lakukan yang terbaik di atas padang nanti." tambahnya.