Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Ini ibarat peluang kedua -- pemain naturalisasi Harimau Malaya

sumareh

Demikian luahan pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh, yang akui melalui fasa yang sangat berbeza dalam kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Pernah dipuji melambung dan pernah juga dikecam hebat oleh peminat bola sepak tempatan, Sumareh bersyukur apabila semua peminat mula kembali memberikan sokongan padu buatnya, lebih-lebih lagi selepas kejayaan layak ke separuh akhir kejohanan serantau itu dengan menewaskan Filipina 1-0 di Cheras malam tadi.

Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut berasakan ia merupakan peluang baharu untuk membuktikan bahawa dia masih lagi penggempur yang digeruni pertahanan lawan seperti suatu ketika dahulu.

"Saya pernah berada di titik tertinggi dan terendah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Saya pernah berada di titik tertinggi di mana saya dipuji dan titik terendah, di mana saya benar-benar seperti dibunuh.

"Kini, ia tidak lagi memberikan kesan buat saya. Setiap kali saya dipuji, ia tidak memberikan kesan dan apabila saya dikecam, ia juga tidak memberikan kesan.

"TMJ (Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) pernah katakan kepada saya, bola sepak sentiasa memberikan anda peluang kedua, dan kini saya faham bahawa ini adalah peluang kedua untuk saya bangkit dan mencuri hati penyokong untuk kembali bersama saya dan kini lihatlah, mereka kembali menyokong saya sepanjang masa.

"Tetapi saya kekal rendah diri kerana ia boleh berubah bila-bila masa dan saya cukup berpengalaman untuk menyedari bahawa segalanya boleh berubah.

"Saya gembira kerana mereka kembali menunjukkan rasa sayang dan menyokong saya tetapi tugas ini masih belum selesai, kami masih ada perlawanan separuh akhir untuk dilalui.

"Dalam separuh akhir, apa sahaja boleh berlaku, kita tidak akan tahu. Contohnya, tiada siapa sangka kami akan ke separuh akhir dan kami berada di sini sekarang, jadi ayuh lihat bagaimana kami akan melaluinya nanti."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video