VIETNAM 2 MALAYSIA 0
(Vietnam mara dengan agregat 4-0)
Nguyen Xuan Son menjadi duri daging buat pintu gol negara ketika membawa Vietnam melakar kemenangan 4-0 dalam pertemuan separuh akhir Piala Hyundai ASEAN.
Stadium Kebangsaan My Dinh menjadi saksi derita Harimau Malaya meratapi kekalahan 0-2, sebentar tadi, untuk juara bertahan itu melanjutkan rekod 24 perlawanan tanpa kalah, sekali gus mengatur aksi final dengan Thailand.
Penjaga gol negara, Azri Ghani, bertindak cemerlang pada awalnya dalam memastikan kekebalan gawangnnya bagi menghidupkan sisa perjuangan negara -- sebelum segala usaha itu dileburkan oleh Xuan Son yang masuk sebagai pemain gantian.
Penyerang naturalisasi itu hanya memerlukan empat minit selepas dimasukkan untuk meledak jaringan pada minit ke-62 dan mengulangi skrip serupa pertemuan pertama dengan memutlakkan kemenangan tuan rumah beberapa minit menuju wisel penamat.