Bekas penyerang negara, Nor Farhan Muhammad, mengharapkan magis jurulatih Tan Cheng Hoe mampu mengubah takdir Harimau Malaya dalam kempen Piala Hyundai ASEAN 2026 selepas kehilangan bintang sensasi, Wan Kuzain Wan Kamal.
Pemain tengah Sporting Jax itu terpaksa pulang ke Amerika Syarikat seperti persetujuan awal bersama skuad kebangsaan, sekali gus tidak dapat meneruskan baki perjuangan bersama Harimau Malaya dalam kejohanan berkenaan.
Situasi itu menyaksikan skuad negara kini tempang tanpa tiga tonggak utama, selepas Cheng Hoe terlebih dahulu kehilangan Endrick Dos Santos dan Jimmy Raymond yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
"Pada saya kehadiran Wan Kuzain banyak membantu daripada aspek bantuan jaringan, kita perlukan pemain seperti dia.
"Dengan berita dia tidak akan diturunkan nanti ia merupakan tugasan berat buat negara. Tetapi dengan ketajaman Cheng Hoe kemungkinan boleh mengatasi Vietnam." tambahnya.