Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya perlu aksi persahabatan, kata bekas pengurus

kamarul arifin

Ketika kebanyakan pasukan yang akan bersaing dalam Piala Hyundai ASEAN 2026 sudah memulakan persiapan dan mengatur perlawanan persahabatan, Harimau Malaya masih belum menunjukkan sebarang petanda ke arah itu.

Lantas, skuad negara perlu mengambil langkah sama seperti pasukan lain bagi memberikan peluang kepada jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, menilai kekuatan dan mengenal pasti kelemahan sebelum tirai kejohanan dibuka.

Bekas pengurus Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin, menegaskan skuad kebangsaan tidak boleh melepaskan peluang untuk mengadakan perlawanan ujian menjelang saingan Piala Hyundai ASEAN.

Menurut Kamarul, aksi pemanas badan bukan sekadar medan mencari kemenangan, sebaliknya platform terbaik untuk menilai kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum beraksi dalam kejohanan sebenar.

Kamarul akui Cheng Hoe memerlukan perlawanan ujian bagi menilai kesesuaian taktik, kesefahaman pemain, serta membentuk keselesaan dalam pasukan, lebih-lebih lagi apabila tempoh persiapan kali ini agak singkat.

"Saya rasa keperluan untuk mengadakan perlawanan ujian amat penting ketika ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Ada perkhabaran bahawa pasukan Timor Leste akan berada di Kuala Lumpur, jadi pasukan bola sepak Malaysia perlu mengambil peluang untuk mengadakan perlawanan ujian.

"Ia akan memberikan lebih pilihan kepada Jurulatih Tan untuk memilih pemain.

"Jika tiada pasukan kebangsaan lain, tiada masalah kerana kita tahu pasukan-pasukan dalam Liga Super sedang dalam fasa mempersiapkan pasukan, jadi mereka boleh menjadi lawan ujian buat pasukan kebangsaan."

Skuad Harimau Malaya dijangka mengadakan kem latihan pusat bermula 15 Julai ini sebelum mengharungi perlawanan pertama bertemu Myanmar di Yangon, 10 hari kemudian.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video