Ketua jurulatih interim skuad negara, Tan Cheng Hoe, tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan tenaga muda menjelang aksi separuh akhir pertama, Piala Hyundai ASEAN 2026 berdepan Vietnam di Cheras malam ini.
Perkara itu susulan beberapa tonggak utama seperti Alif Haiqal Lau dan Fazrul Amir Md Zaman yang terpaksa diketepikan susulan masalah kecederaan.
Situasi itu secara tidak langsung bakal membuka peluang buat pemain lebih muda seperti Daryl Sham atau Ibrahim Manusi untuk mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.
Alif Haiqal Lau dan Fazrul Amir nama baru menyertai senarai kecederaan Harimau Malaya, peluang buat Daryl Sham atau Ibrahim Manusi di separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026? 👀
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/YlYijbzuDo— Kamal Nizam (@kamalnizamm) August 15, 2026
"Bukan mudah sebagai jurulatih menghadapi masalah kecederaan, sebagai jurulatih saya tetap positif dengan pemain yang masih ada terutama Sumareh yang sudah berlatih dengan pasukan dan berkemungkinan akan turun esok.
"Pada masa sama, Aliff Haiqal, Engku Nur Shakir dan beberapa pemain lain yang kita tahu tidak dapat untuk diturunkan." kongsinya.
Terdahulu, Cheng Hoe kehilangan khidmat Endrick dos Santos dan Jimmy Raymond susulan kecederaan, selain Wan Kuzain yang terpaksa pulang ke Amerika Syarikat susulan komitmen kepada kelab.