Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Drama! Peminat persoal kontroversi pembatalan kad merah Vietnam

Patrik

Tanda tanya menyelubungi fikiran penyokong tempatan.

Media sosial terus kecoh dengan keputusan pembatalan kad merah buat penjaga gol Vietnam bertemu Malaysia dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN di Cheras malam tadi.

Malah, ulang tayang daripada video bantuan pengadil (VAR) turut jelas menyaksikan Patrik Le Giang tertampan bola menggunakan tangan di luar kotak penalti.

Pengadil, Rustam Lutfullin, terlebih dahulu melayangkan kad merah yang seharusnya menjadi titik kelebihan buat Harimau Malaya, namun semakan monitor di tepi padang menyebabkan keputusan itu ditarik semula dan menimbulkan persoalan besar.

Tinjauan di media sosial meluahkan kekecewaan VAR hanya menggunakan satu sudut untuk menilai walhal kejadian itu benar-benar berlaku di hadapan penjaga garisan.

Tiada sebab kukuh setakat ini mengapa penarikan semula kad merah berlaku.

Kini, pasukan negara perlu menghadapi tugasan getir tatkala wajib melakar kebangkitan mengatasi defisit jaringan di tempat lawan sekiranya mahu melangkah ke final kejohanan serantau itu.

Ketika ini, juara bertahan menang selesa 2-0 dalam aksi timbal balik pertama di Cheras malam tadi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video