Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Cheng Hoe ambil pendekatan menang-menang situasi keluar-masuk pemain

tch

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mengambil pendekatan menang-menang berhubung situasi keluar-masuk pemain dalam kem kebangsaan sepanjang kempen Piala Hyundai ASEAN ketika ini.

Sebahagian pemain utama negara dibenarkan menyertai persiapan pramusim bersama kelab masing-masing menjelang musim baharu Liga Malaysia sebelum kembali ke pangkuan Harimau Malaya.

Malaysia akan berdepan Vietnam bagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Kuala Lumpur, Cheras hujung minggu ini sebelum bertandang ke Hanoi bagi aksi timbal balik berselang tiga hari.

"Saya menggunakan pengalaman di peringkat antarabangsa sebaik mungkin, contohnya ada beberapa pemain yang saya memang kenal kerana pernah bersama saya dalam skuad kebangsaan," kata Cheng Hoe kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya juga yakin dengan pengalaman yang dimiliki beberapa pemain senior selain ada pemain B-23 yang berbakat.

"Daripada itulah saya memilih pemain dan yakin ia akan memberikan pencapaian terbaik buat pasukan bagi kali ini."

Mengenai cabaran berdepan Vietnam, Cheng Hoe berkata: "Kalau kita lihat persiapan pasukan Vietnam, mereka ada kem latihan di Korea Selatan dan mengadakan aksi persahabatan. Memang mereka adalah pasukan terbaik dan memiliki pemain terbaik dalam edisi kali ini.

"Memang mereka kelihatan ingin mempertahankan kejuaraan yang diperoleh pada 2024.

"Seperti yang kita tahu, kita sudah melangkah ke separuh akhir dan ia merupakan satu pencapaian yang baik buat pemain.

"Suasana kurang tekanan untuk bertemu Vietnam kali ini dan saya rasa Vietnam lebih tertekan kerana mahu mempertahankan kejuaraan.

"Aksi di laman sendiri nanti, dengan sokongan penuh daripada penyokong, saya yakin kita mampu bersaing.

"Walaupun situasi di atas kertas memihak Vietnam, jika kita mampu menyerap tekanan daripada Vietnam dan membalas dengan serangan yang boleh menjaringkan gol, saya fikir ia akan menjadi momen penting buat pasukan kita."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video