Pertahanan Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul Fazili, bersetuju dengan contoh yang diberikan oleh ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, tentang nasib pasukan negara dalam Piala Hyundai ASEAN kali ini.
Skuad negara yang dihimpit masalah kecederaan diikuti Wan Kuzain Wan Kamal yang pulang ke Amerika Syarikat (AS) akan turun bertemu juara bertahan, Vietnam, dalam perlawanan separuh akhir pertama di Cheras esok.
"Cape Verde adalah contoh terbaik.
"Saya mencatatkan debut menentang mereka dalam aksi persahabatan tahun lalu.
"Melihat mereka melangkah jauh dalam Piala Dunia 2026 baru-baru ini sangat mengujakan.
"Satu detik berharga buat mereka.
"Maksudnya di sini, sama seperti jurulatih (Tan Cheng Hoe) sebutkan, tiada yang mustahil dalam bola sepak.
"Sudah tentu pasukan terbaik akan memenangi kejohanan. Macam-macam boleh berlaku.
"Satu kesilapan juga boleh membawa padah.
"Kami akan buat yang terbaik," katanya.