Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Bekas pemain Harimau Malaya letak sasaran ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Asmawi

Tanpa kelibat tujuh pemain warisan yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akibat isu dokumentasi, skuad kebangsaan kini kembali kepada kekuatan asal.

Ia, sekali gus bakal menyaksikan Harimau Malaya tampil dengan gabungan pemain sedia ada termasuk beberapa nama baru yang akan diberi peluang menyarung jersi Malaysia menjelang Kejohanan Bolasepak ASEAN Piala Hyundai 2026, Julai ini.

Advertisement

Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo antara tonggak yang berpotensi menjadi muka baharu skuad kendalian Peter Cklamovski.

"Dalam perjalanan menuju Julai nanti, susunan pemain dalam Kelayakan Piala Asia 2027 yang berbaki satu aksi sahaja lagi berkemungkinan akan dibawa ke kejohanan dwitahunan itu.

"Dengarnya ada bintang naturalisasi baru, ia memberi kekuatan berbeza.

"Kesan daripada penggantungan pemain warisan itu, ia meninggalkan jurang kualiti berbeza.

"Saya tegaskan kita ada peluang," kata bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri.

Asmawi turut menegaskan jangan mengambil mudah keberadaan Filipina yang mencipta prestasi lebih baik apabila berjaya mengisi slot separuh akhir edisi lalu.

"Thailand adalah finalis, sementara Filipina calon separuh akhir musim lalu.

"Itu cabaran besar berdepan dua pasukan tersebut dengan sasaran ke separuh akhir," tambahnya.
 

Must Watch Video