Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: 'Akhyar Rashid sesuai dipanggil, yang penting buat kejutan pada Thailand'

ss

Bekas pemain negara, Asmawi Bakiri, berpandangan Tan Cheng Hoe wajar memanfaatkan peluang yang diberikan peraturan kejohanan dengan memanggil pemain baharu bagi mengisi kekosongan Endrick Dos Santos yang dijangkakan terlepas semua baki perlawanan akibat kecederaan.

Asmawi mengakui Akhyar Rashid atau Danial Amier Norhisham merupakan dua calon paling sesuai untuk dipanggil bagi menambah pilihan Cheng Hoe menjelang perlawanan seterusnya berdepan Thailand esok.

"Pada saya wajar dipanggil kerana ada lebih pilihan di senarai menunggu antaranya Akhyar Rashid dan Daniel, mengikut posisi yang Cheng Hoe perlukan.

"Akhyar pemain yang sesuai dipanggil, jika dipanggil kerana Akhyar pemain pilihan dalam posisi pemain yang kita kurang," kongsinya.

Peraturan kejohanan membenarkan sesuatu pasukan menggantikan pemain yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan, dengan syarat penggantinya telah didaftarkan dalam senarai panjang kejohanan.

 

 

 

Untuk rekod, Akhyar dan Danial merupakan antara sembilan pemain yang berada dalam senarai menunggu bagi kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

Asmawi juga percaya Harimau Malaya sudah memiliki pengganti terbaik dalam skuad apabila Wan Kuzain Wan Kamal tampak mampu galas peranan itu berdasarkan impak positif yang dipamerkannya sebagai pemain gantian ketika menentang Laos dan Myanmar sebelum ini.

"Di posisi mengikut kecederaan Endrick ini penting, gandingan Syafiq Ahmad, Paulo Josue, Sergio Aguero dan Endrick mainkan peranan penting di Kawasan tengah untuk masuk Kawasan serangan.

"Saya rasa ketika ini momentum yang ada pada Wan Kuzain, mempunyai kelebihan pada kaki kiri seperti Endrick, ada keperluan di situ.

"Itu percaturan terbaik yang perlu dimanfaatkan Cheng Hoe. Ada empat pemain gantian yang konsisten. Yang penting buat kejutan pada Thailand." katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video