Pemangku ketua jurulatih Selangor, Christophe Gamel, menggesa anak buahnya berwaspada dengan cabaran yang bakal ditampilkan Sabah menjelang aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium MBPJ, malam esok.
Berbekalkan agregat 2-2 ketika aksi pertama di Likas, pengendali kelahiran Perancis itu menyifatkan peluang untuk meraih slot ke pentas final masih lagi terbuka buat kedua-dua pasukan.
Advertisement
Gamel turut pasang impian untuk menghadiahkan kemenangan buat penyokong Selangor yang kekal setia bersama pasukan, meskipun Gergasi Merah berdepan prestasi tidak menentu.
Selangor muncul naib juara musim lalu apabila tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Saya mengagumi corak membina serangan Sabah. Mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai tempoh persiapan yang lebih panjang berbanding kami yang perlu bertandang ke Bangkok United.
"Tapi kami adalah Selangor, kami perlu buktikan keupayaan.
"Perlawanan ini 50-50 masih seimbang kerana kedudukan terikat 2-2.
"Tapi kalau kami mengulangi kesilapan yang kadangkala terjadi maka kami akan bergelut," katanya menjelang perlawanan di Kelana Jaya yang bakal berlangsung tanpa penyokong itu.
