Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Selangor atasi tentangan sengit Sabah untuk ke suku akhir

Selangor

Selangor berdepan tentangan sengit sebelum menewaskan Sabah 2-1 dalam aksi kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Ia menyaksikan Gergasi Merah layak ke suku akhir hasil kemenangan agregat 4-3.

Beraksi di stadium kosong gara-gara hukuman yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan insiden kekecohan membabitkan penyokong, ia tidak dapat memadamkan semangat Selangor untuk memburu kemenangan selepas terikat 2-2 dalam aksi pertama di Likas minggu lalu.

Jaringan pembukaan yang dicari mereka hadir pada minit ke-36 apabila Eduardo Sosa menerima bola dalam kawasan penalti sebelum melepaskan percubaan yang menerjah masuk ke gawang Juan Flere biarpun dia kelihatan tergelincir ketika melakukan percubaan itu.

Selangor cemas seketika apabila Sabah berhasil menyamakan kedudukan pada awal babak kedua, di mana Park Jung-bin memanfaatkan kesilapan tampanan Harith Haiqal Adam Afkar untuk melepaskan rembatan jarak dekat menewaskan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi pada minit ke-49.

Bagaimanapun, kedudukan itu hanya bertahan selama tujuh minit sebelum Selangor diberikan sepakan penalti apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati Farhan Roslan mengasari Sosa dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Chrigor Moraes untuk menjaringkan gol kemenangan Selangor biarpun sepakan awalnya dapat ditepis Flere.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement