Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Piala FA: Penyerang Selangor akui tidak beraksi baik tapi...

sosa
Advertisement

Penyerang Selangor, Eduardo Sosa, mengakui tidak beraksi baik tetapi lega apabila dua jaringan peribadinya membantu Selangor bangkit menewaskan Kuching City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Sedar akan tugas berat menanti mereka menjelang aksi timbal balik di tempat lawan awal bulan depan, Sosa, bagaimanapun, percaya The Red Giants, yang memiliki kelebihan satu gol daripada perlawanan itu, berada di landasan terbaik untuk memastikan tiket ke pentas final menjadi milik mereka.

Advertisement

Untuk rekod, tonggak kelahiran Venezuela berusia 30 tahun itu telah mencetak tiga gol daripada empat penampilan Piala FA bersama Selangor musim ini.

"Saya rasa pasukan kami bermain dengan amat baik, kami banyak menyukarkan mereka dan kami sedar perlawanan ini akan sukar seperti ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Advertisement

"Secara peribadi, saya rasa saya tidak bermain baik tetapi dapat menjaringkan dua gol dan saya gembira dengannya.

"Kami masih ada peluang besar selepas menang di laman sendiri, kami tahu perlawanan selepas ini akan lebih sukar kerana Kuching pasukan yang baik tetapi kami akan bermain untuk layak ke final untuk menggembirakan penyokong kami."

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video