Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Penalti yang mereka dapat boleh dipersoalkan -- Irfan Bakti

ff

Ketua jurulatih Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti, memuji karakter pemain yang diturunkan lebih-lebih lagi kesemuanya adalah pemain tempatan meskipun pasukannya tewas 1-5 secara agregat kepada Kuching City dalam aksi pusingan 16, Piala FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Bagi Irfan, tiada perubahan positif mampu dilakukannya ketika ini selagi masalah mereka dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berterusan.

Terdahulu,  Irfan berkongsikan pihak pengurusan telah berusaha melakukan pelbagai perkara bagi menyelesaikan isu membabitkan sekatan perpindahan pemain dengan FIFA itu.

"Sekurang-kurangnya pemain saya dapat jaringkan satu gol, mungkin dua gol, jika disemak semula tidak ofsaid. Saya lihat semula.

"Penalti yang mereka dapat boleh dipersoalkan, bagaimanapun keputusan muktamat. Saya gembira dengan karekter pemain saya malam ini walaupun kami kalah." katanya.

 

 

 

Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, mengakui bukan mudah untuk mengatasi Kelantan Red Warrior dalam perlawanan timbal balik selepas apa yang KRW tonjolkan pada perlawanan pertama Piala FA tempoh hari.

Situasi KRW juga sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Kuching City dan kini fokus terarah kepada satu lagi pasukan Pantai Timur, iaitu Kelantan City yang akan menjadi pencabar mereka di suku akhir nanti.

"Kelantan tetap Kelantan, mereka pasukan yang kuat apabila beraksi di laman sendiri. Kami menghormati mereka." kongsinya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement