Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, beranggapan perlawanan penuh dramatik antara pasukannya berdepan Selangor dalam separuh akhir kedua Piala FA malam tadi umpama 'sebuah drama Korea'.
Perkara itu susulan kebangkitan yang dilakar anak buahnya di laman sendiri untuk meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Selangor dalam 120 minit permainan selepas tewas 1-2 dalam separuh akhir pertama di Petaling Jaya sebelum ini.
"Mungkin kita tonton drama Korea hari ini. Bukan mudah untuk bermain selama 120 minit dengan hanya 48 jam masa rehat, lebih-lebih lagi apabila beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan.
"Namun, saya sentiasa percaya kepada semua pemain dan malam ini (Ahad) mereka membuktikan betapa besarnya keinginan untuk berada di pentas final". katanya.