Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tampak mengharapkan magis buat pasukannya bangkit dalam perlawanan separuh akhir kedua bertemu Johor Darul Ta'zim di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Aidil Sharin kehilangan empat pemain utama dengan penjaring terbanyak pasukan, Ronald Ngah Wanja, muncul pemain terbaru yang tidak dapat menyertai perjuangan The Cats kali ini.
Advertisement
"Kami kehilangan pemain tunjang untuk perlawanan ini. Gabriel (Nistelrooy), Jordan Mintah, Ronald digantung termasuk Danial Amier Norhisham yang tidak dapat diturunkan.
"Ini detik paling penting untuk pemain simpanan menyinar dan menikmati detik besar ini. Saya harap mereka ambil peluang ini dan menikmati perlawanan ini.
"Arif Aiman (Hanapi) sentiasa berikan ancaman besar tapi kualiti JDT mempunyai pemain handalan di setiap posisi.
"Separuh masa pertama paling mustahak, kami perlu sekat mereka dapatkan gol awal dan momentum mereka. Dari situ keyakinan akan meningkat.
"Sudah pasti kami mempunyai perancangan untuk merantai pemain utama pihak lawan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
