Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Kelantan Red Warrior ikat Kuching City di Kota Bharu

c

Kelantan Red Warrior mengikat Kuching City 0-0 dalam perlawanan pertama, pusingan 16, Piala FA Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, sebentar tadi.

Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-19 menerusi Faiz Nasir dalam situasi  satu lawan satu, namun sepakannya tersasar.

Naib juara Liga Super 2025/26 kendalian Aidil Syarin Sahak itu bergelut untuk mencari gol pembukaan, malah benteng pertahanan Kelantan jelas lebih berdisiplin dan bersedia dengan beberapa siri serangan pasukan pelawat sekali gus menafikan beberapa peluang terhidang yang dimiliki The Cats.

 

 

 

Kedua-dua pasukan tidak berjaya meraih gol meskipun tujuh minit masa tambahan diberikan pengadil perlawanan dan menyaksikan 90 minit pertama di Kota Bharu itu terikat tanpa jaringan.

Aksi timbal balik kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak pada Selasa depan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement