Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Kelantan City jinakkan Negeri Sembilan, Kedah bangkit ikat Star City

dd

Kelantan City memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas melakar kemenangan di Kota Bharu dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam perlawanan pertama, pusingan 16, Piala FA, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama apabila mengejutkan The Jang dengan jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Ahmad Nazri yang mudah menewaskan Syahmi Adib selepas menerima hantaran cantik daripada Faris Shah untuk mendahului 1-0.

 

 

 

Masuk babak kedua, Daniel Gimenez Alcaniz agresif mengasak kubu pertahanan Kelantan dengan kemasukan beberapa muka baharu, namun pasukan tuan rumah yang lebih berdisiplin kerap kali menafikan beberapa siri serangan itu.

Namun, dalam satu serangan balas, Negeri Sembilan dihukum pada penghujung permainan selepas kesilapan mudah dilakukan pertahanan pasukan pelawat sekali gus memberikan Emmanuel Uzochukwu peluang untuk menewaskan Azri Ghani serta meletakkan Kelantan selasa berada di hadapan 2-0.

 

 

 

 

Tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu berakhir dengan skuad kendalian Wanderley Machado membawa bekalan selesa 2-0 sebelum bertandang ke Paroi pada Selasa depan.

 

Keputusan lain:

Melaka 0-1 Penang
Kedah 2-2 Star City
Sabah 2-2 Selangor

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement