Liverpool melangkah ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas menewaskan Brighton 3-0 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
Anak buah Arne Slot bergelut mencari gol awal dalam babak pertama sehingga Curtis Jones menampan hantaran Milos Kerkez pada minit ke-42 untuk meletakkan The Reds mendahului 1-0 terlebih dahulu.
Advertisement
Masuk babak kedua pula menyaksikan rembatan kencang Dominik Szoboszlai untuk menewaskan Jason Steele sekali lagi sebelum penalti yang disempurnakan Mohamed Salah apabila dirinya dikasari oleh Pascal Grob dalam kotak penalti untuk Liverpool selesa mendahului 3-0.
Thank you for your support this evening, Reds 👏❤️ pic.twitter.com/1MSmy86KpU
— Liverpool FC (@LFC) February 14, 2026
"Sangat bagus buat Salah apabila dia dapat menjaringkan gol sekali lagi. Namun apa yang paling saya suka ialah dia banyak membantu pasukan daripada aspek pertahanan dan perkara itu dilihat sangat positif.
"Itu yang perlu dilakukan oleh sebuah pasukan." kata pengurus pasukan, Arne Slot.