Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA Inggeris: Arsenal mara ke pusingan kelima selepas benam Wigan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ae

Arsenal terus mengorak Langkah selepas mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris 2025/26 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Anak buah Mikel Arteta menewaskan Wigan 4-0 sekali gus menyaksikan mereka muncul kali pertama mara sejauh itu dalam tempoh enam tahun.

Advertisement

Benteng pertahanan pasukan pelawat terlalu rapuh untuk bolos seawall minit ke-11 menerusi Noni Madueke sebelum Gabriel Martinelli menggandakan jaringan lapan minit selepas itu untuk mendahului 2-0.

 

 

 

 

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus mengasak untuk memaksa Wigan melakukan kesilapan mudah dengan jaringan sendiri daripada Jack Hunt selepas tertanduk bola hantaran Bukayo Saka.

Selang empat minit kemudian, giliran Gabriel Jesus yang bijak melepasi perangkap ofsaid anak buah Ryan Lowe untuk menambah melengkapkan pesta gol Arsenal ke pusingan seterusnya dengan kemenangan 4-0 di laman sendiri.

Must Watch Video