Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Bisa Muyagic hantar Kuching City ke separuh akhir

ll
Advertisement

Kuching City menepati ramalan apabila menempah tempat ke separuh akhir Piala FA 2026/27.

Turun ke aksi timbal balik di Stadium Taha Ariffin tanpa bekalan jaringan dengan Kelantan City, The Cats mempamerkan kualiti mereka dengan kemenangan 4-1, sebentar tadi.

Advertisement

Yuki Tanigawa memanfaatkan sepakan sudut Nazmi Faiz Mansor untuk membuka tirai jaringan bagi tuan rumah pada minit ke-11, dan Aydin Muyagic kemudian menjadikan kedudukan 2-0 untuk anak buah Aidil Sharin Sahak itu walaupun jaringan tersebut perlu di periksa bantuan video pengadil (VAR) terlebih dahulu.

Kelantan City sempat mmerapatkan jurang melalui gol jarak jauh yang cukup memukau menerusi Hadin Azman Menuju ke masa rehat.

Advertisement

 

 

 

Declan Lambert cuba menambah kelebihan pasukannya, namun percubaan jarak jauh berjaya dihalang penjaga gol lawan, Fikri Che Soh, dalam aksi menarik separuh masa kedua.

Malangnya, kali ini Fikri tidak terdaya lagi menidakkan percubaan Muyagic pada minit ke-67, seterusnya melengkapkan hatriknya pada minit ke-81.

Keputusan akhir 4-1 itu lebih daripada mencukupi untuk mengesahkan kemaraan Kuching City ke separuh akhir Piala FA dan kemungkinan besar bertemu Selangor.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video