Penantian panjang akhirnya tamat, kembali merebut tempat dan menghadiahkan satu gol.
Joao Figueiredo menjadi individu pertama daripada tujuh pemain berjaya menjaringkan gol selepas digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran pemalsuan dokumen sewaktu beraksi bersama Harimau Malaya.
Jaringan itu turut membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke final Piala FA buat kali kelima berturut-turut selepas menumpaskan DPMM agregat 8-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.
João Figueiredo ‘kembali’ mengaum bersama Harimau Selatan selepas 1 tahun pergantunggan. JDT 1-0 DPMM (Agregat 3-0) @ASTROARENA https://t.co/20RwOLZtRr
— karlnunis (@_karlnunis) November 8, 2026
Ini merupakan penampilan kedua pemain kelahiran Brazil itu diturunkan sejak berakhirnya hukuman tersebut.
Selain Figueiredo, Jon Irazabal dan Imanol Machuca (Independiete) juga diturunkan buat pasukan masing-masing setakat ini.
Empat lagi pemain yang dikenakan hukuman adalah Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces dan Rodrigo Holgado.