Final Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2026 kategori wanita menyaksikan PDRM berjuang ke mata akhir untuk mengungguli Kuala Lumpur sebentar tadi.
PDRM memulakan permainan dengan baik apabila mengutip mata awal dalam set pertama.
Advertisement
Namun, Kuala Lumpur mengejar semula kedudukan selepas ketinggalan tiga mata dan mengikat 5-5 sebelum menguasai permainan.
Peranan tekong Kuala Lumpur, Siti Hadifitri Navilla Jumidil, membantu menstabilkan corak permainan dan Kuala Lumpur menutup set pertama dengan kemenangan 15-13 menerusi mata penamat oleh Natwipa.
Persembahan lebih agresif sejak awal permainan set kedua memberi kelebihan kepada PDRM.
Mereka mendahului dengan kelebihan enam mata, memberikan tekanan kepada Kuala Lumpur.
Walaupun Kuala Lumpur mengejar, PDRM terus mengekalkan momentum dan memenangi set kedua dengan keputusan 15-7 ke set penentuan.
Set penentuan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar mata.
Kuala Lumpur melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan semula Hadifitri Navilla bagi menguatkan permainan.
Perlawanan terus sengit hingga kedudukan 14-14 sebelum PDRM mendapatkan mata terakhir untuk muncul juara.