Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Emas Khir Johari: Syabas! Selangor juara kali ke-13

sepak takraw

Gegak gempita di Akademi Sepaktakraw Malaysia menyaksikan Selangor muncul juara kategori lelaki Piala Emas Khir Johari 2026 selepas menewaskan ATM dalam perlawanan akhir yang penuh bergaya, sebentar tadi.

Di bawah kendalian Rhiduwan Manaf, Selangor menampilkan barisan terbaik dengan taruhan trio Firhan Ammar, Khairul Zaman Hamir Akhbar dan Farhan Adam, manakala ATM bimbingan Hasman Hamid mempertaruhkan Fakhrul Akmal, Afifuddin dan Adli Abu Bakar.

Advertisement

Perlawanan pembukaan berlangsung sengit selama 77 minit apabila kedua-dua pasukan saling mencuri mata hingga ke set penentuan.

Namun, ketahanan mental dan kecekapan Selangor pertama memanfaatkan kesilapan lawan membolehkan mereka menang 15-12, 11-15 dan 15-13.

Memasuki regu kedua, Selangor terus garang menerusi gandingan Adam, Salman dan Jefri yang menguasai permainan untuk mencatat kemenangan 15-13 dan 15-9, seterusnya juara buat kali ke-13. 
 

 

Must Watch Video