Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Piala Emas Khir Johari: Selangor mahu ulangi pencapaian edisi 2011

PSS

Setiausaha Kehormat Persatuan Sepaktakraw Selangor (PSS), Syahril Mohd Rashid, mensasarkan pasukannya mara ke pentas final berpasukan lelaki Piala Emas Khir Johari 2026 edisi ke-58 yang bakal membuka tirai secara rasmi di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kampung Baru esok.

Meskipun Selangor bakal diperkuat dengan kehadiran kapten kebangsaan, Farhan Adam, serta bekas perejam negara, Khairul Zaman Hamir Akhbar, dia tetap mengingatkan anak buahnya untuk tidak memandang rendah keupayaan pencabar Kumpulan E yang turut menempatkan PDRM dan Putrajaya.

Advertisement

Untuk rekod, kali terakhir Selangor menjulang kejuaraan Piala Emas Khir Johari ialah pada edisi 2011 selepas menewaskan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan keputusan 2-0.

"Dalam acara berpasukan nampak kelihatan mudah, tetapi setiap pasukan mempunyai perancangan rapi dan memerlukan strategi.

"Kombinasi pemain yang diturunkan amat penting. Ketiga-tiga gandingan regu sangat penting.

"Ia adalah permulaan baharu buat sepak takraw Selangor.

"Kami mempunyai sejarah baik dalam kejohanan ini. Saya mahu bawa kembali piala ini di sini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. 

Must Watch Video