Juara bertahan, Melaka, tidak berdepan masalah untuk menepati ramalan apabila mudah menundukkan Pulau Pinang dalam acara regu berpasukan dalam pusingan 16 Piala Emas Khir Johari.
Regu pertama yang dibarisi perejam utama negara, Azlan Alias, bersama Zarif Marican Ibrahim Marican dan Fakhrul Razi bermula garang dengan menyumbang mata pertama sebelum kemenangan selesa 15-6, 15-8.
Advertisement
Regu kedua Melaka meneruskan momentum cemerlang itu dengan menampilkan permainan yang cukup kemas, sekali gus menoktahkan cabaran Pulau Pinang dan mengesahkan kemenangan Melaka dengan 2-0.
Biarpun turun sebagai juara bertahan, Azlan menegaskan pasukannya tidak mahu terlalu menyerap tekanan itu, sebaliknya mahu fokus untuk peragakan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.
"Regu pertama kami baru memenangi
"Jadi nak kekalkan kejuaraan amat susah.
"Tapi tahun ini, Melaka bukan mahu kekalkan sangat pun (kejuaraan) tahun ini, cuma mahu jadi pemain terbaik untuk Piala Emas tahun ini," katanya.