Dari Kuala Lumpur (KL) ke Terengganu.
Apit kiri negara, Aidil Aiman Azwawi, tekad membawa Terengganu melakar pencapaian lebih gemilang dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari ke-58 di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Kampung Baru hari ini.
Advertisement
Azam itu hadir selepas Terengganu gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi lalu tatklaa Aidil yang mewakili KL ketika itu berjaya mara ke separuh akhir sebelum menamatkan saingan di tempat keempat.
"Sasaran peribadi saya adalah memasuki separuh akhir.
"Tapi, jika dapat mara ke final Alhamdulillah.
"Semua pasukan hebat tetapi Melaka lebih mencabar kerana mempunyai Syahir Rosdi," katanya.
Aidil yang digandingkan bersama Zulkifli Abdul Razak atau dikenali (Sobey) dan Khairul Aman Rosdi menyumbang mata pertama Terengganu dengan kemenangan 15-4, 15-4 ke atas Perlis.
Regu kedua Terengganu membabitkan pemain bawah 21 tahun (B-21)meneruskan momentum kemenangan 15-8, 15-9, sebelum regu ketiga menewaskan lawan 17-15, 15-13 untuk keputusan 3-0.
"Bukan saya seorang tapi lampu di sini sedikit silau tetapi ia bukan alasan.
"Ada memberi sedikit kesan," katanya lagi.