Danny Welbeck memacu kemenangan Chelsea melangkah ke pusingan ketiga Piala EFL selepas menewaskan pasukan divisyen ketiga, Luton Town 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Xabi Alonso agresif memburu jaringan pembukaan dalam babak pertama, namun beberapa siri percubaan tidak Berjaya dinoktahkan dan dinafikan palang gol.
Pemain gantian, Danny Welbeck yang melakukan penampilan sulung tidak menunggu lama apabila menanduk masuk bola hantaran Malo Gusto untuk membuka akaun jaringannya bersama Chelsea, sebelum Hakeem Odoffin tertampan bola rembatan Estevao Willian untuk meletakkan The Blues mendahului 2-0 hingga tamat 90 minit permainan.
Welbeck's first goal for Chelsea! 💙#CFC | #CarabaoCup pic.twitter.com/qzaLSD6pTR
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 27, 2026
Alonso menurunkan skuad terbaiknya dibarisi Cole Palmer, Morgan Rogers dan kapten Reece James semuanya dalam kesebelasan utama.
"Kami mempunyai skuad yang lengkap dalam semua aspek, kualiti, kematangan, personality, pemain muda serta pemain berpengalaman.
"Sangat penting buat pemain muda mendapat bantuan dan berkembang, pemain berpengalaman banyak membantu." katanya.