Skip to main content

Bola Sepak

Piala EFL: Manchester City cari tonik baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Liga Inggeris, EFL

Pep Guardiola percaya Piala Liga Inggeris (EFL) mampu pencetus inspirasi buat Manchester City untuk mengenepikan Arsenal dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

City ketinggalan enam mata di belakang barisan asuhan Mikel Arteta itu dengan baki 17 perlawanan.

Advertisement

Sebelum pusingan kedua liga bermula hujung minggu depan, mereka perlu melalui ranjau separuh akhir pertama Piala EFL menentang Newcastle di St James' Park, awal pagi esok.

Guardiola menjulang trofi itu pada Februari 2018 sebelum memenangi kejuaraan liga pertamanya pada lewat musim itu.

Dan dia berkata memenangi trofi itu pada awal kempen ini boleh membantu mereka dalam perebutan gelaran.

"Jika anda ingin memenangi liga pada tahun itu atau apa sahaja, ia bukanlah besar tetapi ia boleh membantu," kata pengurus dari Sepanyol itu.

 

"Ia membantu dengan hakikat bahawa kami baru sahaja memenangi gelaran dan kami mampu memenangi sesuatu.

"Ia bukan sekadar untuk menjulang trofi tetapi lebih kepada kesedaran diri dan OK, kami mampu menang. Kami mampu melakukannya.

"Apabila menang, ia membantu untuk mengecapi lebih banyak kemenangan."

Must Watch Video