NEWCASTLE 1 MAN CITY 2
Pep Guardiola tidak faham mengapa video vantuan pengadil (VAR) perlu campur tangan untuk membatalkan gol kedua Antoine Semenyo dalam kemenangan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) ke atas Newcastle, tetapi tidak ketika pertemuan mereka di St James' Park awal musim ini.
Advertisement
City menguasai perlawanan separuh akhir pertama itu dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Semenyo dan Rayan Cherki.
Namun, Guardiola terkilan apabila jaringan kedua Semenyo dinafikan oleh ofsaid ke atas Erling Haaland, dengan pengadil mengambil masa lima setengah minit untuk memuktamadkan keputusan itu.
"Ia soalan yang bagus," kata pengurus berbangsa Sepanyol itu apabila ditanya tentang pembatalan gol tersebut.
“Saya ingin tahu mengapa VAR pada minit ke-60 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle yang menyaksikan kami tewas 1-2, tetapi di kedudukan 0-0 ia adalah kekerasan daripada Schar ke atas Phil Foden, namun langsung tidak dipertimbangkan.
“Dan pada minit ke-20, kami tidak diberikan sepakan penalti berikutan rembatan Jeremy Doku terkena bola tangan Thiaw, tak gunakan VAR pun.
“Hari ini, empat pengadil tidak dapat membuat keputusan kerana ofsaid itu. Saya tidak tahu tetapi gol kedua yang dijaringkan oleh Newcastle (dalam perlawanan EPL), boleh pula dilihat jelas.
“Adakah saya berkata apa-apa (merungut) apabila kami tewas 1-2 di sini? Tidak.
"Saya tidak berkata apa-apa apabila dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace, selepas 30 atau 40 minit mengutip kad merah ke atas Henderson. Adakah saya berkata apa-apa? Tidak. Tetapi okay, tidak mengapa.
"Saya agak pasti Howard Webb akan menghubungi saya esok dengan penjelasan mengenainya."