Jaringan Rayan Cherki dan Savinho memacu Manchester City mara ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) 2025/26 menewaskan Brentford 2-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Pep Guardiola yang lebih dominan mengawal permainan dalam babak pertama membuka tirai jaringan menerusi rembatan deras Cherki pada minit ke-36 untuk memastikan The Netizens mendahului 1-0 dalam babak pertama.
Advertisement
City yang turun tanpa khidmat penggempur Utama, Erling Haaland, yang sekadar memanaskan bangku simpanan terus mengasak kubu pertahanan Brentford dengan giliran Savinho meletakkan nama selaku penjaring sekali gus mengesahkan slot pasukan tuan rumah ke separuh akhir.
Baller. pic.twitter.com/ITGYHhg2ht
— Manchester City (@ManCity) December 17, 2025
Manchester City akan berdepan Newcastle United dalam saingan separuh akhir selepas The Magpies meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Fulham di St. James Park.
Manakala, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Chelsea mara terlebih dahulu dan menanti mereka nanti sama ada Arsenal mahupun Crystal Palace.
