Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Visa ke AS ditolak? Syarikat Argentina hadiahkan televisyen percuma kepada penyokong

Piala Dunia: Visa ke AS ditolak? Syarikat Argentina hadiahkan televisyen percuma kepada penyokong

Kekecewaan puluhan penyokong bola sepak Argentina yang gagal mendapatkan visa ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan Piala Dunia 2026 secara langsung sedikit terubat apabila sebuah syarikat tempatan tampil menawarkan televisyen percuma kepada mereka.

Konglomerat elektronik Argentina, Newsan, melancarkan kempen unik dengan menawarkan televisyen jenama Noblex kepada 100 individu pertama yang hadir ke pejabat syarikat itu di Buenos Aires sambil membawa dokumen rasmi yang membuktikan permohonan visa mereka ke Amerika Syarikat ditolak antara Januari hingga Jun tahun ini.

Kempen tersebut dipromosikan menerusi media sosial dengan slogan yang mencuri perhatian ramai,  “Serahkan visa anda yang ditolak dan bawa pulang sebuah televisyen percuma.”

Tawaran itu mendapat sambutan luar biasa apabila ramai peminat bola sepak beratur seawal pagi untuk merebut peluang berkenaan.

Salah seorang penerima televisyen percuma itu ialah pemain permainan video profesional berusia 24 tahun, Tomas Vageller. Menurutnya, dia amat kecewa kerana tidak dapat menyaksikan aksi pasukan kebangsaan Argentina secara langsung di Piala Dunia yang mungkin menjadi penampilan terakhir kapten legenda, Lionel Messi, namun tetap menghargai inisiatif syarikat tersebut.

“Sudah tentu saya lebih rela pergi ke Piala Dunia, tetapi sekurang-kurangnya saya masih boleh menonton perlawanan di rumah dengan televisyen baharu,” katanya.

Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico menyaksikan isu visa menjadi antara topik hangat menjelang sepak mula kejohanan.

Beberapa peminat, pegawai pasukan dan individu yang terlibat dalam kejohanan dilaporkan menghadapi kesukaran mendapatkan kebenaran memasuki Amerika Syarikat.

Argentina, juara dunia 2022 dan antara pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan, sentiasa mempunyai kelompok penyokong yang besar dan sanggup berbelanja tinggi untuk mengikuti pasukan kebangsaan mereka ke mana sahaja.

Namun, suasana menjelang Piala Dunia kali ini dilihat sedikit berbeza berbanding empat tahun lalu apabila ramai penyokong tidak dapat melakukan perjalanan ke Amerika Utara akibat masalah visa dan kos perjalanan yang tinggi.

Walaupun tidak dapat berada di stadium untuk memberikan sokongan secara langsung, 100 peminat bertuah itu sekurang-kurangnya mempunyai cara baharu untuk menikmati aksi Piala Dunia dari ruang tamu masing-masing, hasil kempen kreatif yang kini menjadi tular di seluruh Argentina.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Must Watch Video