Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan terakhir UCI Track World Cup 2026, acara berbasikal trek bertaraf dunia yang paling dinanti tahun ini!
Kejohanan ini bakal berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 di *Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan -- sekali lagi mengangkat nama Malaysia dalam arena sukan antarabangsa.
Advertisement
Tarikh & Lokasi
Tarikh: 24 – 26 April 2026
Tempat: Velodrom Nasional Malaysia, Nilai
Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang setiap hari
Kejohanan ini merupakan salah satu pusingan utama dalam siri UCI Track World Cup -- acara yang menyaksikan pelumba-pelumba trek elit dari seluruh dunia berlumba untuk meraih gelaran, mata dunia dan persiapan ke arah Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Ia juga menyaksikan kembalinya acara trek elit ini ke Malaysia selepas lebih dua dekad -- satu momen bersejarah buat sukan berbasikal negara dan Asia.
Pengunjung berpeluang perlumbaan-perlumbaan mendebarkan dalam pelbagai disiplin seperti pecut, keirin, kejar-mengejar dan banyak lagi. Aksi pecut berkelajuan tinggi, strategi pelumba bertaraf dunia, serta semangat kompetitif pasti menjadikan setiap sesi perlumbaan tidak dapat dilupakan.
Tiket untuk acara ini kini dijual secara online melalui https://tickethotline.com.my/events/UCI-Track-World-Cup-Nilai, menawarkan pilihan harga untuk sesi hari dan keseluruhan acara. Kanak-kanak bawah 5 tahun turut dibenarkan masuk percuma jika ditemani oleh dewasa yang mempunyai tiket berbayar.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri ahli sukan berbasikal terbaik dunia beraksi di Velodrom Nasional Malaysia!